26 March 2013

Coklat Chips

Assalamualaikum.

Hai, nak kongsi apa yg masyie buat harini, yes, seperti title entri tu , dah tahu kan ape yg nak dikongsi bersama. Cara nak buat coklat chips atau dipanggil sebagai coklat cookies, atau chocolate cookies, dan sehubungan dengannya. Senang je nak buat tak susah mana pun. Alang-alang masyie pi kedai haritu nak beli topup so belilah bahan-bahan nak buat coklat chips ni. Masyie punya bahan-bahan ni boleh hasilkan 100 biji coklat chips. Ok let's start with bahan-bahan.

Bahan-bahan :

  1. 1 1/2 cawan tepung gandum
  2. 1  sudu besar serbuk koko
  3. 2 sudu besar tepung jagung (tak ada pun takpe)
  4. 1/2 sudu kecil soda bikarbonate
  5. 2 sudu besar susu tepung
  6. Secubit garam 
  7. 125 gm mentega
  8. 150 gm(1/2 cawan) cawan gula perang
  9. 1/2 sudu kecil asen vanilla
  10. 1 biji  telur
  11. 1/2 cawan coklat chip
  12. 1/2 cawan cornflakes-ramas kasar

Cara nak buat :

  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan  telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan 1-6 dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cornflakes yg sudah diramas kasar. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.  Susun di atas dulang pembakar. 
  6. Bakar pada suhu 150 C selama 155 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara
PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.

Haa dah siap, you know what ? More chips, more fun , haha.

Senang je nak buat, sedap pulak tu, macam biskut chips more and sebijik rasa macam famous amous punya biskut. Cuba lah resepi ni , boleh jual jugak dekat kanak-kanak. Mereka pasti menyukainya. Hahaha. Boleh dijadikan jugak kuih raya. Hmm tunggu apa lagi ? Jom buat and kalau boleh kongsi lah gambar korang dekat komen masyie ni. Okayy ^^

No comments:

Post a Comment